Teks Ucapan Pengacara Majlis Perkahwinan
Skrip | Que |
|
1 | Pengantin bersedia utk berarak masuk Berdiri bersama rombongan (belum berjalan) | KETIBAAN MEMPELAI MEMASUKI DEWAN Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahir rabbil ‘alamin Wasallatu wassalamu ala Rasulillah Wa ala alihi Wasahbihi wamanwalah Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik, hidayah serta inayah dariNya.. dapat kita sama-sama berada dalam majlis yang pernuh barakah ini. Bagi pihak tuan rumah bersama, En Halim Bin Ahmad dan Puan Habsah Binti Othman serta En Shaari Bin Mamat dan Puan Paridah Binti Dawi, kami sekeluarga, malah 2 keluarga, yang baru saja disatukan, mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi sama-sama menyerikan majlis perkahwinan Raja Sehari kita, Mohd Hanif dengan Faharina Binti Shaari di dewan yg permai lagi berkat ini. Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini, Sama-samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai yang baru saja diijabkabulkan semalam Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan raja sehari Mohd Hanif & Faharina. Dgn lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih wahai Raja dan Permaisuri Sehari …… dipersilakan ……. Ihsan/Aiman/Faris/Atikah/Suhaib |
| Pengantin berjalan ke tengah dewan | Selawat Majlis Perkahwinan Ihsan/Faris/Aiman |
| Pengantin tiba di tengah dewan dan berhenti | Selawat Ustaz Amal Ihsan/Faris/Aiman |
| Pengantin berjalan semula selapas tamat selawat | Aiman Ikan sempilai sesak di lukah Lukah dan bubu di Tanjung Selasih Pasangan mempelai segak melangkah Melangkah menuju mahligai kasih Panas dan kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik, samalah padan Dengan langkah yang penuh tertib. Dengan senyuman terukir manis. Saling menjeling tanda bahagia…..itulah dia pasangan mempelai kita Hanif & Ina. Selamat Pengantin Baru.! Lagu Selamat Pengantin Baru Hijazz Ihsan/Faris/Aiman |
2 | Pengantin tiba di atas pentas dan sedia utk santapan | Majlis Membaca Doa Melayang tempua di atas permatang Berkicau Merbah di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Yang berbahagia, , dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yg dihormati sekelian, bagi pihak keluarga En Shaari Mamat dan Puan Paridah Dawi serta En Halim Ahmad dan Puan Habsah Othman, kami sekali lagi mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada ptg ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan menambahkan serinya majlis ini. Untuk makluman para hadirin sekelian, Majlis ini adalah bagi meraikan perkahwinan kedua mempelai Mohd Hanif bin Halim dengan pasangannya Faharina Binti Shaari yang telah memilih untuk hidup bersama. Mereka telah diijabkabulkan pada hari Jumaat, iaitu semalam di rumah pengantin perempuan di Taman .Andalas xxxxxxx . Semua yg hadir, termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat handai, ingin mengucapkan Salamat Pengantin Baru kepada kedua-dua Raja dan Permaisuri Sehari kita Hanif dan Ina. Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari hari mendatang dan dapat hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih & sayang yang berkekalan. Bagi menzahir hasrat di hati, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz…… dengan segala hormatnya , dipersilakan Al Fadhil Ustaz… Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz xxx yang telah membacakan doa tadi.. Jambangan indah berbunga seroja Diraut dibelai hiasan taman Hidangan menyelera penuh semeja Jemput mempelai santapan berteman Majlis dengan ini mempersilakan semua hadirin, khususnya tetamu-tetamu kehormat untuk menemani kedua mempelai yang diraikan Raja Sehari Mohd Hanif dan Faharina untuk bersantapan menjamu selera ………. Dipersilakan ….. |
3 | Persembahan Multimedia | Assalamualaikum, Sambil Raja & Permaisuri Sehari menikmati santapan dan tetamu kehormat serta para jemputan menikmati jamuan, izinkan majlis mencuri sedikit perhatian semua kepada persembahan multimedia yang mengimbau kisah hidup Hanif & Ina…. ………………silakan |
4 | Halim & Habsah bersedia bersama ibubapa pengantin perempuan | Ucapan Tuan Rumah Assalamualaikum wrb Tak kan sempurna alu tanpa lesungnya Dayung juga tidak berguna tanpa perahunya… Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya…. Tidak moleklah seandainya majlis seindah ini, tiada yang berbicara…… Majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan tuan rumah, iaitu ayahanda Pengantin Lelaki, En Halim Ahmad, diiringi oleh bonda pangantin lelaki, Puan Habsah Othman untuk menyampaikan sepatah dua kata-kata nasihat kepada pasangan pengantin dan ucapan penghargaan kepada sidang tetamu yang hadir. Juga dijemput bersama adalah ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan En Shaari dan Puan Paridah ……… Dipersilakan. ……………… Terima kasih diucapkan kepada En Shaari, En Halim, Puan Paridah dan Puan habsah…. |
5 | Suhaib & Atikah Memastikan Kek OK | Memotong Kek Hadirin yg dimuliakan, demi merakamkan satu memori indah dan kenangan manis majlis ini kepada kedua mempelai, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek Selamat Pengantin Baru. Dipersilakan kedua mempelai Hanif & Ina berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek...dipersilakan …. |
6 | Sesi Penutup | Demikian tadi berakhirnya acara memotong kek…sekali lagi tahniah kepada Hanif & Ina…Selamat Pengantin Baru. Selamat Menempuh Kehidupan berumah tangga. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah….berkekalan hingga ke anak cucu. Secebis pesanan dari kaum keluarga; Aduhai Ina & Hanif Janganlah risau, janganlah gundah, Ambil yang senang, pilih yang mudah Ingat Pesan imam, sewaktu berkhutbah Bersatulah hati walau susah atau payah Sentiasa tenang di kala susah Sentiasa waras ketika gundah Elakkan retak jangan sampai terbelah Banyakkan sabar banyakkan tabah Insya Allah rukun damai seisi rumah Pesanan bukan sekadar madah Cetusan tulus tidak berbelah Jangan lupa pesanan ibu dan ayah Usah disanggah pesanan atuk dan opah Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah Kami doakan semoga Hanif & Ina dianugerahkan dengan perkahwinan yang penuh barakah. |
|
| Majlis kita masih diteruskan dengan jamuan sehingga jam 4 ptg. Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan. Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah bertungkus lumus dengan persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan ini, termasuk majlis akad nikah semalam, terima kasih diucapkan. Tulus dan ikhlas bagi pihak En Halim dan Puan Habsah serta En Shaari dan Puan Paridah….Ribuan ampun dan maaf seandainya majlis yang tidak seberapa ini terselit sebarang kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan…. Terima kasih di atas segala bantuan dan doa semua sehingga majlis ini dapat disempurnakan…. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa bali Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian. Salam kemaafan, salam kecerian, dan Selamat pengantin Baru Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum wrt. |
Comments
Post a Comment